Tiga remaja sesat di Bukit Janda Mandi ditemui selamat

Anggota bomba melakukan pencarian mangsa menerusi operasi dijalankan. Foto JBPM Terengganu
Anggota bomba melakukan pencarian mangsa menerusi operasi dijalankan. Foto JBPM Terengganu
A
A
A

KEMAMAN - Tiga lelaki dilaporkan hilang ketika mendaki Bukit Janda Mandi, dekat sini ditemukan dalam keadaan selamat pada malam Jumaat.

Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Azman Alias berkata, kesemua remaja berusia antara 18 hingga 21 tahun itu dilaporkan hilang pada pagi Jumaat.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu kira-kira jam 4.29 petang.

"Kesemua mangsa dari Kemaman dikatakan ke situ untuk melakukan aktiviti memanjat bukit sebelum tersesat akibat cuaca tidak menentu.

Lokasi mangsa dilaporkan hilang. Foto JBPM Terengganu
Lokasi mangsa dilaporkan hilang. Foto JBPM Terengganu

"SAR (operasi mencari dan menyelamat) mangsa dilaksanakan bermula petang bagi mengesan mangsa di kawasan itu.

"Mangsa berjaya ditemui pada jam 8.25 malam di bukit tersebut sebelum mereka dibawa turun," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Menurut beliau, kesemua mangsa didapati sihat tanpa sebarang kecederaan yang serius.

Artikel Berkaitan:

Katanya lagi, operasi berkenaan disertai lebih 15 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Chukai melibatkan empat jentera.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!