Remaja hilang ketika mandi laut ditemukan lemas

Remaja yang hilang ketika mandi laut pada Jumaat ditemukan lemas tidak jauh dari lokasi kejadian di Pantai Batu Sapi.
Remaja yang hilang ketika mandi laut pada Jumaat ditemukan lemas tidak jauh dari lokasi kejadian di Pantai Batu Sapi.
A
A
A

SANDAKAN - Remaja yang hilang ketika mandi di laut pada Jumaat akhirnya ditemukan meninggal dunia tidak jauh dari lokasi kejadian di Pantai Batu Sapi di sini.

Mayat Mohd Amiruddin Juhardin, 16, ditemukan kira-kira jam 8 pagi Sabtu, di dasar laut ketika pencarian dilakukan oleh penduduk kampung.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Severinus@Mohd Nizam Sainkui berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) memasuki hari kedua untuk mencari mangsa yang dilaporkan hilang ketika mandi di laut bersama rakan-rakannya.

"Bagaimanapun, Komander Operasi melaporkan mangsa telah ditemui oleh penduduk kampung iaitu 30 meter dari pesisir pantai berhampiran jeti mangsa terakhir dilihat.

"Mangsa masih berada di dasar laut dan hanya ditemui ketika penduduk membuat selaman untuk mencarinya. Kedalaman lokasi penemuan pada paras pinggang," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Katanya lagi, mangsa kemudian disahkan telah meninggal dunia oleh pihak polis di lokasi kejadian.

"Mayat turut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada jam 8.30 pagi," katanya.

Sinar Harian pada Jumaat melaporkan mangsa bersama rakan-rakannya melakukan aktiviti riadah mandi di laut.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, mangsa disedari hilang oleh rakan-rakannya dipercayai akibat dibawa arus.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!