14 bayi bertuah lahir tahun 2020 di HRPB Ipoh

Sebahagian daripada 14 bayi Tahun Baru 2020 yang selamat dilahirkan di HRPB Ipoh hari ini.
Sebahagian daripada 14 bayi Tahun Baru 2020 yang selamat dilahirkan di HRPB Ipoh hari ini.
A
A
A

IPOH - Impian sepasang suami isteri untuk menyambut kelahiran anak sulung pada 1 Januari 2020 termakbul apabila bayi perempuan mereka selamat dilahirkan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini pada jam 1.51 pagi semalam.

Nur Izzati Syazwani Abdul Halim, 26, berkata, dia dan suami Muhammad Farhan Mat Kamil, 27, menyimpan impian besar itu untuk dijadikan hadiah buat ibu mentuanya yang lahir pada 1 Januari 1964.

Nur Izzati Syazwani bersama bayinya.
Nur Izzati Syazwani bersama bayinya.

"Kalau ikut jangkaan, bayi saya lahir pada 4 Januari nanti tetapi dua hari lepas sudah ada tanda-tanda awal untuk dilahirkan.

"Jadi semua ahli keluarga termasuk ibu mentua saya mendoakan agar saya selamat melahirkan pada 1 Januari. Alhamdulillah ALLAH tunaikan permintaan kami," katanya.

Menurutnya, tarikh 1 Januari bukan sahaja memberi makna kepada keluarga mereka tetapi dianggap detik istimewa buat negara yang sinonim dengan Wawasan 2020.

Aminah Bhanu Mohd Kahalidullah, 38, bersama bayi perempuannya yang selamat dilahirkan pada jam 2.46 pagi tadi di HRPB Ipoh. Turut bersama tiga anaknya yang lain.
Aminah Bhanu Mohd Kahalidullah, 38, bersama bayi perempuannya yang selamat dilahirkan pada jam 2.46 pagi tadi di HRPB Ipoh. Turut bersama tiga anaknya yang lain.



Yip Mei Wan bersama bayi perempuannya yang diberi nama Tian Tian membawa maksud manis.
Yip Mei Wan bersama bayi perempuannya yang diberi nama Tian Tian membawa maksud manis.

Artikel Berkaitan:

"Terasa bangga dapat berkongsi Tahun Baru 2020 dengan semua," katanya.

Sehingga jam 12 tengah hari tadi, seramai 14 bayi bertuah iaitu lapan lelaki dan enam perempuan selamat dilahirkan di HRPB Ipoh.

Bayi pertama iaitu perempuan dilahirkan pada jam 12.16 malam.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!