Bubbles O2 mantapkan amalan ESG

Ain Azizah menunjukkan produk air mineral Bubbles O2 yang bakal menembusi pasaran AS, Indonesia pada tahun 2024.
Ain Azizah menunjukkan produk air mineral Bubbles O2 yang bakal menembusi pasaran AS, Indonesia pada tahun 2024.
A
A
A

Pengeluar air mineral jenama tempatan, Bubbles O2 Sdn Bhd (Bubbles O2) berusaha memantapkan lagi operasi serta produk mereka selari dengan perkembangan pasaran global menerusi pelaksanaan amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).

Usaha itu dapat diterjemahkan melalui inisiatif syarikat itu memperkenalkan produk Bubbles O2 yang menggunakan botol kaca premium sekali gus meneroka pasaran di peringkat antarabangsa.

Bubbles O2 merupakan air mineral yang sangat kaya dengan oksigen terlarut sehingga melebihi tahap ketepuan sekali gus menjadikannya kelihatan berkilau seperti kristal unik apabila dibotolkan dari sumbernya.

Menurut Pengarah Urusan Bubbles O2, Ain Azizah Arifin, pihaknya mula terlibat dalam industri air mineral pada tahun 2019 yang mana sejak tempoh tersebut pihaknya terus mengorak langkah mengukuhkan jenama serta kualiti produk yang dihasilkan.

Ain Azizah menunjukkan anugerah tempat ketika E50 SME Corp yang diterima pada November 2022.
Ain Azizah menunjukkan anugerah tempat ketika E50 SME Corp yang diterima pada November 2022.

“Justeru, selaras dengan perkembangan perniagaan kami, Bubbles O2 turut mengalami evolusi mengikut peredaran masa.

“Perubahan itu termasuklah fokus kami yang memberi perhatian terhadap mencapai komponen ESG bagi pertumbuhan mampan secara menyeluruh,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui pada Selasa.

Tambah Ain Azizah, pengenalan produk Bubbles O2 dengan botol kaca premium adalah manifestasi syarikatnya yang bukan sahaja mahu mengurangkan jejak karbon melalui pengurangan penggunaan plastik yang memberi kesan terhadap alam sekitar, bahkan mampu mewujudkan penerimaan antarabangsa ke atas Bubbles O2.

Artikel Berkaitan:

Malah, ketika ini katanya, Bubbles O2 telah pun menembusi pasaran Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Brunei.

Kolaborasi aktif

Maklumat produk air mineral Bubbles O2.
Maklumat produk air mineral Bubbles O2.



Pada masa sama, Bubbles O2 menurut Ain Azizah, sentiasa mengambilbahagian dalam penganjuran acara sukan dan perniagaan tempatan menerusi kolaborasi bersama-sama rakan strategik.

Pada tahun 2023 katanya, menjadi penaja utama Liga Bolasepak Malaysia (MFL) selepas menandatangani kontrak selama setahun pada Februari lalu. Kerjasama itu dijangka akan berterusan untuk tahun akan datang.

Bubbles O2 turut terlibat dalam Liga Baseball Kebangsaan (NBL) AEON BiG-BubblesO2 2023 selaku penaja rasmi pada Jun lalu.

Malah, Bubbles O2 turut menjadi rakan penaja penganjuran Balik Pulau Marathon yang dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh pada Jun 2023.

Bubbles O2 sedang meninjau untuk memasuki pasaran Eropah sekali gus memperkenal jenama produk air mineral dari Malaysia.
Bubbles O2 sedang meninjau untuk memasuki pasaran Eropah sekali gus memperkenal jenama produk air mineral dari Malaysia.

Selain itu, Bubbles O2 turut menjadi penaja rasmi penganjuran Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 selain melancarkan kereta rasmi penyediaan air minuman kepada para peserta semasa perlumbaan basikal yang bermula di Terengganu pada September lalu.

Bubbles O2 turut bekerjasama dengan PETRONAS-Sepang International Circuit (SIC) dengan membuka 14 buah reruai sempena penganjuran MotoGP pada November lalu.

Malah, Bubbles O2 turut menawarkan diskaun 20 peratus kepada para pelanggan yang membeli tiket yang dijual oleh SIC.

Sementara itu, Bubbles O2 turut bersama-sama dengan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dalam Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2023 dengan mengedarkan 26,000 botol Bubbles O2 pada 12 hingga 15 September lalu.

Penerimaan produk

Bubbles O2 berusaha melaksanakan operasi serta produk yang lebih mampan menerusi penekanan prinsip ESG.
Bubbles O2 berusaha melaksanakan operasi serta produk yang lebih mampan menerusi penekanan prinsip ESG.



Mengulas mengenai penerimaan Bubbles O2 di pasaran UAE dan Brunei, Ain Azizah berkata, penerimaan yang baik menyebabkan pihaknya yakin untuk memperluaskan lagi produk itu ke pasaran negara-negara lain.

“Sehingga ini, penerimaannya sangat baik, contohnya pasaran di Brunei, mereka mula menerima produk kita akhir 2O21, sementara UAE menerimanya pada akhir 2O22.

“Pasaran di Brunei walaupun merupakan negara yang mempunyai bilangan penduduk yang lebih berbanding Malaysia, kuasa pengguna di negara tersebut adalah tinggi,” katanya.

Kualiti dan variasi

Bagaimanapun, pihaknya yakin jenama Bubbles O2 akan mendapat tempat di pasaran dunia kerana kualiti, kandungan dan manfaat air mineral berkenaan.

Hannah (dua dari kiri) bersama Pengerusi Bubbles O2, Arifin Marzuki (kiri) emasa penganjuran Balik Pulai Marathon pada Jun 2023.
Hannah (dua dari kiri) bersama Pengerusi Bubbles O2, Arifin Marzuki (kiri) emasa penganjuran Balik Pulai Marathon pada Jun 2023.

“Apa yang kita bawa ialah manfaat dan kelebihan air ini, ia merupakan satu-satunya produk yang mengandungi kandungan oksigen terlarut yang tinggi secara semula jadi.

“Sekarang ini tiada lagi di pasaran air mineral semula jadi ada yang melebihi tahap ketepuan. Namun, kami menawarkan air mineral dengan oksigen semula jadi dan kelebihannya,” katanya lagi.

Bagi mengukuhkan lagi produk Bubbles O2, beliau turut menyatakan rancangan pihaknya untuk mempelbagaikan variasi produk air mineral yang menyihatkan selain sebagai minuman berperisa.

“Meskipun berperisa, kandungan gula masih lagi kosong sama seperti air mineral Bubbles O2. Ia mampu membuka pasaran dan menarik minat para pengguna khususnya kanak- kanak” jelasnya.

“Malah, pada 2O21 Bubbles O2 melalui penjenamaan baharu yang lebih berciri global. Ia merupakan usaha untuk menunjukkan produk berkualiti datang dari Malaysia dan mula mendapat perhatian pasaran antarabangsa,” ujarnya.

Seorang peminat MotoGP menandatangani plakad berbentuk botol sebagai tanda sokongan terhadap Bubbles O2.
Seorang peminat MotoGP menandatangani plakad berbentuk botol sebagai tanda sokongan terhadap Bubbles O2.

Perluas pasaran

Dalam perkembangan lain, Ain Azizah turut menyatakan Bubbles O2 bakal memperluaskan lagi pasaran mereka di Amerika Syarikat (AS) dan Indonesia dijangka pada suku kedua atau ketiga tahun 2024.

“Untuk tahun 2024, sasaran kita adalah memasuki pasaran AS dan juga Indonesia. Insya-ALLAH, tahun ini juga saya akan ke United Kingdom (UK) untuk membuka pasaran baharu di negara itu, jelas beliau.

Pada masa sama, Ain Azizah turut memaklumkan pihaknya sedang meninjau untuk memasuki pasaran Eropah sekali gus memperkenal jenama produk air mineral dari Malaysia.

Info:

Produk air mineral Bubbles O2 boleh didapati di rangkaian pasar raya dan kedai serbaneka di;

- 7-Eleven

- Petronas Mesra

- Caltex XPressPoint

- Aeon BiG

- EMart24

- Eraman

PENCAPAIAN Bubbles O2:

- Tempat ketiga anugerah Enterprise 50 (E50) oleh SME Corp - November 2022.

- Jenama pilihan terbaik PKS bagi kategori air mineral semula jadi BrandLaureate - Jun 2023.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!