[VIDEO] Adik didakwa bunuh kakak kandung

A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki warga Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, pada Ahad atas tuduhan membunuh kakak kandungnya, minggu lalu.

Said Afendi, 24, mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nur Khalida Farhana Abu Bakar.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Berdasarkan kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa membunuh hingga menyebabkan kematian Syarifah Ilawati, 42 yang juga warga Indonesia, di sebuah rumah di Blok 15, Taman Ungku Tun Aminah, Skudai di sini, kira-kira jam 2 pagi, pada 24 Disember lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Said Afendi ( tengah) di bawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Ahad.
Said Afendi ( tengah) di bawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Ahad.

Tiada sebarang jaminan dicadangkan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Fatimah Mamu yang turut memohon tarikh sebutan baharu sementara menunggu laporan kimia dan bedah siasat.

Mahkamah kemudian menetapkan 18 Februari 2024 untuk sebutan semula kes dan tiada jaminan dibenarkan terhadap tettuduh.

Artikel Berkaitan:

Pada prosiding itu, tertuduh tidak diwakili peguam.

Said Afendi (tengah) di bawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Ahad.
Said Afendi (tengah) di bawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Ahad.

Isnin lalu, polis berjaya menahan dua warga asing berusia 24 dan 41 tahun disyaki terbabit dalam pembunuhan seorang wanita warga asing di sebuah rumah.

Dua warga asing itu iaitu tertuduh yang juga adik mangsa dan seorang wanita yang merupakan teman serumah mangsa, direman seminggu hingga pada Ahad.

Polis turut merampas senjata pisau yang disyaki digunakan bagi membunuh wanita berkenaan di kediaman

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!