Lebih RM300,000 kerugian sekolah akibat banjir di Terengganu

Shafruddin
Shafruddin
A
A
A

SETIU - Jumlah kerugian sekolah akibat banjir yang berlaku di Terengganu dianggarkan mencecah RM340,000 melibatkan kerosakan perabot dan bangunan.

Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Pembangunan Profesionalisme), Shafruddin Ali Hussin berkata, perkara tersebut telah dimaklumkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk tindakan lanjut dan peruntukan akan disalurkan dalam masa terdekat kepada sekolah terlibat.

"Kerugian ini melibatkan kerosakan seperti perabot, pintu... tidak termasuk buku teks dan lain-lain. Kita sudah angkat perkara ini ke KPM.

"Insya-ALLAH... peruntukan itu akan diberikan dalam masa terdekat untuk baik pulih kerosakan akibat banjir," katanya.

Seramai 37 sukarelawan KPM turun padang membersihkan Sekolah Kebangsaan Sungai Las yang terjejas banjir.
Seramai 37 sukarelawan KPM turun padang membersihkan Sekolah Kebangsaan Sungai Las yang terjejas banjir.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada operasi pembersihan sekolah di Sekolah Kebangsaan Sungai Las dekat sini pada Ahad.

Sementara itu, Shafruddin berkata, sebanyak 16 pusat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di negeri ini dikenal pasti berisiko dilanda banjir gelombang keempat.

Menurutnya, ia melibatkan seramai 224 calon dari daerah Dungun, Hulu Terengganu, Besut dan Kemaman.

Artikel Berkaitan:

Seramai 37 sukarelawan KPM turun padang membersihkan Sekolah Kebangsaan Sungai Las yang terjejas banjir.
Seramai 37 sukarelawan KPM turun padang membersihkan Sekolah Kebangsaan Sungai Las yang terjejas banjir.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya juga meminta Pengarah Pendidikan Negeri membuat penelitian dan pemantauan kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM selepas sekolah beroperasi.

"Kita minta mereka kenal pasti murid yang berada di kawasan terjejas... kalau perlu tempatkan pelajar di asrama atau di tempat terdekat dengan pusat peperiksaan bagi memastikan mereka dapat menduduki peperiksaan seperti mana yang dijadualkan," katanya.

Shafruddin berkata, seramai 37 sukarelawan KPM terlibat untuk membersihkan Sekolah Kebangsaan Sungai Las yang terjejas banjir pada hari ini.

"Sebanyak 53 sekolah terjejas banjir di Terengganu. Daripada jumlah itu, enam sekolah sedang dijalankan operasi pembersihan.

"Insya-ALLAH, kita akan buat ops pembersihan pada esok untuk pastikan semua sekolah di Terengganu boleh beroperasi seperti dijadualkan pada 2 Januari," katanya.

@sinarharianonline

Jumlah kerugian sekolah akibat banjir yang berlaku di Terengganu dianggarkan mencecah RM340,000 melibatkan kerosakan perabot dan bangunan. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Pembangunan Profesionalisme), Shafruddin Ali Hussin berkata, perkara tersebut telah dimaklumkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk tindakan lanjut dan peruntukan akan disalurkan dalam masa terdekat kepada sekolah terlibat. #fyp #SinarTerkini #Banjir

original sound - Sinar Harian

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!