Ibu Zayn Rayyan beri izin orang ramai ziarah kubur

Ibu kepada kanak-kanak lelaki autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang meninggal dunia akibat dibunuh pada 6 Disember lalu, memberi kebenaran kepada orang ramai untuk menziarahi pusara anaknya.
Ibu kepada kanak-kanak lelaki autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang meninggal dunia akibat dibunuh pada 6 Disember lalu, memberi kebenaran kepada orang ramai untuk menziarahi pusara anaknya.
A
A
A

SHAH ALAM - Ibu kepada kanak-kanak lelaki autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang meninggal dunia akibat dibunuh pada 6 Disember lalu, memberi kebenaran kepada orang ramai untuk menziarahi pusara anaknya.

Ismanira Abdul Manaf, 28, berkata, ramai yang menyatakan hasrat mahu menziarahi pusara Zayn, terletak di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara, Petaling Jaya.

“Ramai yang bertanya pada saya, ramai yang minta izin nak datang ziarah pusara Zayn.

"Boleh, saya izinkan, asalkan tidak buat perkara yang tidak sepatutnya. Boleh ke nombor kubur 6608.

“Saya okay saja, terima kasih banyak-banyak pada semua sebab selalu ambil berat dan peduli tentang Zayn, dari awal kehilangannya sampai sekarang masih lagi setia ambil peduli.

“Syukur, alhamdulillah,” katanya menerusi hantaran di Instagram pada Sabtu.

Allahyarham Zayn Rayyan
Allahyarham Zayn Rayyan

Sebelum ini, Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia sehari selepas dilaporkan hilang pada 5 Disember lalu di kawasan Apartment Idaman, Damansara Damai.

Artikel Berkaitan:

Mayatnya dijumpai di sebatang anak sungai di sekitar kawasan terbabit pada malam 6 Disember dan laporan bedah siasat mengesahkan kanak-kanak itu mati dibunuh kerana terdapat kesan kecederaan pada leher serta badannya.

Dalam pada itu, Ismanira turut memberitahu, tempahan batu nisan telah dibuat selepas beberapa hari Zayn dikebumikan, namun masih belum dipasang kerana prosesnya mengambil sedikit masa.

“Ada juga yang bertanya, kenapa kubur Zayn tiada nama, batu nisan lagi. Ada, kita dah tempah awal-awal haritu, selepas beberapa hari arwah dikebumikan.

“Kita dah siap tempah, cuma ambil masa sikit untuk siap dan pasang,” tambahnya.

@sinarharianonline Ibu kepada kanak-kanak lelaki autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang meninggal dunia akibat dibunuh pada 6 Disember lalu, memberi kebenaran kepada orang ramai untuk menziarahi pusara anaknya. Ismanira Abdul Manaf berkata, ramai menyatakan hasrat mahu menziarahi pusara Zayn yang terletak di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara, Petaling Jaya. #fyp #SinarTerkini #ZaynRayyan#Hilang original sound - Sinar Harian

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!