Bersama gembleng tenaga, fokus kesejahteraan rakyat - Sultan Selangor

Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri - Foto Selangor Royal Office
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri - Foto Selangor Royal Office
A
A
A

SHAH ALAM - Semua pihak tanpa mengira fahaman politik diseru untuk bersama-sama dalam menggembleng tenaga serta memberi fokus kepada usaha kesejahteraan dan kelangsungan hidup rakyat.

Amanat itu disampaikan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin sempena ucapan tahun baharu 2024.

Baginda berdua berharap agar tahun 2024 akan menghadirkan lebih banyak kecemerlangan dan kejayaan dalam kehidupan sekalian rakyat dari segenap aspek khususnya ekonomi.

"Baginda juga berharap supaya sekalian rakyat menyambut tahun baharu ini dengan resolusi dan azam yang memberi manfaat bukan sahaja kepada diri sendiri tetapi juga kepada negara ke arah memperteguh keamanan dan kemakmuran.

"Semoga tahun 2024 akan menjadi tahun yang lebih baik buat semua rakyat berbilang bangsa dan agama di Malaysia," menurut hantaran dikongsikan menerusi Selangor Royal Office pada Ahad.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!