MAIDAM salur bantuan RM3.5 juta kepada mangsa banjir

Shaikh Harun (empar dari kiri) menyampaikan bantuan mangsa banjir kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Datuk Seri Tengku Farok Hussin (empat dari kanan).
Shaikh Harun (empar dari kiri) menyampaikan bantuan mangsa banjir kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Datuk Seri Tengku Farok Hussin (empat dari kanan).
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) menyalurkan bantuan kewangan sebanyak RM3.5 juta kepada mangsa banjir di negeri ini.

Yang Dipertua MAIDAM, Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata, daripada jumlah itu pihaknya menyalurkan bantuan berkenaan menerusi peruntukan zakat Sinf Al-Gharimin sebanyak RM2.655 juta.

Beliau berkata, baki RM845,000 pula adalah wang sumbangan daripada empat agensi iaitu Yayasan Waqaf Malaysia (YWM), Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

"Penerima bantuan ini merupakan mangsa banjir rakyat Terengganu yang menetap di negeri ini atau pemastautin tetap Terengganu tidak kurang dari tiga tahun berturut-turut.

Shaikh Harun (dua dari kiri) menyampaikan bantuan banjir berjumlah RM3.5 juta kepada Tengku Farok Hussin (dua dari kanan).
Shaikh Harun (dua dari kiri) menyampaikan bantuan banjir berjumlah RM3.5 juta kepada Tengku Farok Hussin (dua dari kanan).

"Mangsa banjir yang beragama Islam, baligh dan berakal atau walinya akan menerima bantuan tersebut bagi pihak mangsa yang tidak mukalaf.

"Kadar bantuan setiap penerima tertakluk kepada kesesuaian ditetapkan oleh agensi yang menguruskan mangsa banjir," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan mangsa banjir kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Datuk Seri Tengku Farok Hussin Tengku Abd Jalil, di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dekat sini pada Ahad.

Artikel Berkaitan:

Shaikh Harun (tengah) ketika majlis penyerahan sumbangan.
Shaikh Harun (tengah) ketika majlis penyerahan sumbangan.

Mengulas lanjut, Shaikh Harun menyatakan kaedah agihan secara berpusat akan diselaraskan oleh kerajaan negeri dengan tepat dan cepat.

"Jadi besar harapan pihak MAIDAM supaya sumbangan itu dapat meringankan beban dan kesulitan yang dialami oleh mangsa banjir di negeri ini," jelas beliau.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!