6 maut, 9 cedera kebakaran kilang sarung tangan di India

Sekurang-kurangnya enam orang maut manakala sembilan lagi cedera dalam kebakaran sebuah kilang sarung tangan di negeri Maharashtra di barat daya India pada Sabtu malam.
Sekurang-kurangnya enam orang maut manakala sembilan lagi cedera dalam kebakaran sebuah kilang sarung tangan di negeri Maharashtra di barat daya India pada Sabtu malam.
A
A
A

NEW DELHI - Sekurang-kurangnya enam orang maut manakala sembilan lagi cedera dalam kebakaran sebuah kilang sarung tangan di negeri Maharashtra di barat daya India pada Sabtu malam, kata polis tempatan kepada Agensi Berita Xinhua.

Kebakaran berlaku di dalam unit pembuatan sarung tangan di daerah Chhatrapati Sambhajinagar di negeri itu, ketika mangsa sedang tidur.

Punca kebakaran masih dalam siasatan.

Seorang pegawai bomba tempatan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 1.15 pagi.

"Kami bergegas ke tempat kejadian dan mendapati api telah dipadamkan. Sebanyak enam mayat ditemukan. Mangsa yang cedera telah dimasukkan ke hospital tempatan," katanya.

Menurut beliau, beberapa mangsa melecur teruk. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!