Bekas Presiden Bolivia dihalang daripada bertanding semula jawatan

Morales mendakwa keputusan itu sebagai 'bersifat politik' dan sebagai bukti 'persubahatan beberapa hakim' dengan apa yang disifatkan beliau sebagai 'muslihat' Presiden Bolivia, Luis Arce.
Morales mendakwa keputusan itu sebagai 'bersifat politik' dan sebagai bukti 'persubahatan beberapa hakim' dengan apa yang disifatkan beliau sebagai 'muslihat' Presiden Bolivia, Luis Arce.
A
A
A

BUENOS AIRES - Mahkamah Perlembagaan Bolivia menghalang bekas Presiden, Evo Morales daripada mengambil bahagian dalam pilihan raya presiden 2025, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Mahkamah memutuskan bahawa mengehadkan kemungkinan untuk dipilih semula adalah tindakan yang sesuai untuk memastikan seseorang tidak kekal berkuasa selama-lamanya.

Dengan berbuat demikian, mahkamah itu membatalkan keputusan terdahulu pada 2017 yang menyifatkan pemilihan semula sebagai sebahagian 'hak asasi manusia'.

Dalam satu hantaran di platform X pada Sabtu, Morales mendakwa keputusan itu sebagai 'bersifat politik' dan sebagai bukti 'persubahatan beberapa hakim' dengan apa yang disifatkan beliau sebagai 'muslihat' Presiden Bolivia, Luis Arce.

Pada September, Morales mengumumkan bahawa beliau akan bertanding semula dalam pilihan raya Presiden.

Beliau menjadi presiden pribumi pertama negara Amerika Selatan itu pada 2006. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!