Pengusaha 'kepok' lega cuaca semakin baik

Mohd Bukhori menjemur keropok keping ikan selepas cuaca kembali cerah ketika tinjauan Bernama di Kampung Geliga, pada Ahad. - Foto Bernama
Mohd Bukhori menjemur keropok keping ikan selepas cuaca kembali cerah ketika tinjauan Bernama di Kampung Geliga, pada Ahad. - Foto Bernama
A
A
A

CHUKAI - Keadaan cuaca yang semakin baik di Terengganu memberi kelegaan kepada pengusaha keropok keping ikan, di sini apabila membolehkan mereka kembali menjalankan rutin harian termasuk menjemur kepingan makanan ringan kegemaran ramai itu.

Mohd Bukhori Zainal Abidin, 50, berkata, bekalan keropok keping di kedainya semakin berkurang akibat hujan sejak awal bulan ini.

Keropok keping ikan dijemur selepas cuaca kembali cerah ketika tinjauan Bernama di Kampung Geliga, pada Ahad. - Foto Bernama
Keropok keping ikan dijemur selepas cuaca kembali cerah ketika tinjauan Bernama di Kampung Geliga, pada Ahad. - Foto Bernama

"Berbanding tahun lepas, teruk lagi tahun ini sebab hujan dari awal bulan (Disember). Banyak keropok rosak sebab bila kita jemur, berlaku hujan. Baru hari ini boleh jemur.

"Mujur kita ada buat stok sejak awal untuk jualan musim cuti ini," katanya kepada Bernama di sini pada Ahad.

Keropok keping yang diusahakan Mohd Bukhori dijemur di bawah terik matahari apabila cuaca kembali cerah ketika tinjauan Bernama di Kampung Geliga, pada Ahad. - Foto Bernama
Keropok keping yang diusahakan Mohd Bukhori dijemur di bawah terik matahari apabila cuaca kembali cerah ketika tinjauan Bernama di Kampung Geliga, pada Ahad. - Foto Bernama

Menurut Mohd Bukhori, satu hamparan jemuran melibatkan sebanyak 50 kilogram (kg) keropok keping ikan mampu menjana pendapatan sebanyak RM900 dan mendapat permintaan tinggi terutama daripada penduduk tempatan serta pelancong.

"Alhamdulillah, harapnya panas sampai ke petang, musim cuti ni pun bekalan hampir tak cukup. Hari ini dapat jemur... esok kita boleh jual lah,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Keadaan cuaca hujan yang semakin reda di Terengganu ternyata memberi kelegaan kepada pengusaha keropok keping ikan di sini dan membenarkan mereka kembali menjalankan rutin harian bagi menghasilkan makanan ringan kegemaran ramai itu. - Foto Bernama

Terdahulu, Bernama melaporkan banjir gelombang ketiga yang melanda Terengganu bermula 23 Disember lepas kini pulih sepenuhnya.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu (JPBNT) memaklumkan pusat pemindahan sementara terakhir di negeri itu iaitu Dewan Serbaguna Taman Perumahan Wakaf Tengah di Kuala Nerus yang menempatkan enam orang daripada satu keluarga ditutup pada jam 2 petang Ahad. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!