Masih ada perokok degil

Perokok masih merokok di meja makan sebuah kedai yang memaparkan papan larangan merokok di Kubang Buaya di sini malam tadi.
Perokok masih merokok di meja makan sebuah kedai yang memaparkan papan larangan merokok di Kubang Buaya di sini malam tadi.
A
A
A

KUANTAN - Walaupun tahun 2019 melabuhkan tirainya semalam dan membuka lembaran baharu di ambang 2020, namun papan tanda ‘Dilarang Merokok’ yang terpampang jelas di kedai-kedai makan seakan-akan tidak bermakna.

Tinjauan Sinar Harian di sebuah kedai makan di Kubang Buaya dan Taman Gelora di sini selepas sambutan ambang 2020 malam kelmarin mendapati segelintir perokok masih lagi berdegil dan tetap merokok di kedai makan walaupun larangan merokok di restoran atau kedai makan sudah dikuatkuasakan.

Malah, pemilik kedai yang melihat tindakan perokok berusia 40-an itu tidak menegur individu terbabit walaupun di kedainya ditampal papan larangan.

Melalui pemerhatian Sinar Harian juga, seorang pengunjung meminta lelaki berkenaan merokok di lokasi yang dibenarkan iaitu tiga meter dari kedai, namun tidak diendahkan.

Sebaliknya, lelaki itu bersama rakannya terus merokok tanpa menghiraukan orang yang memerhati.

Akhbar sebelum ini melaporkan, semua premis makanan diwartakan sebagai tempat larangan merokok bermula 12 tengah malam, Januari tahun lalu selari dengan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2018.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!