Bekas menteri Palestin terbunuh serangan udara Israel di Gaza
GAZA - Bekas Menteri Wakaf dan Hal Ehwal Agama Palestin, Sheikh Yousef Salama terbunuh pada pagi Ahad dalam serangan udara Israel ke atas rumahnya di kem pelarian al-Maghazi di tengah Semenanjung Gaza.
Pewarta Agensi Berita Palestin (WAFA) melaporkan pesawat pejuang Israel menyasarkan kediaman Sheikh Yousef yang juga pendakwah Masjid Al-Aqsa, mengakibatkan kematiannya dan kecederaan beberapa orang ahli keluarganya.
Serangan berterusan Israel ke atas Gaza sejak 7 Oktober mengakibatkan lebih 21,650 warga Palestin terbunuh manakala kira-kira 56,000 lagi cedera.
Ribuan penduduk masih hilang dengan 70 peratus daripada mangsa adalah kanak-kanak dan wanita. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!