Venice haramkan pembesar suara, kumpulan pelancong besar

Venice menjadi lokasi tarikan pelancong dari seluruh dunia. - Agensi
Venice menjadi lokasi tarikan pelancong dari seluruh dunia. - Agensi
A
A
A

ROM - Venice akan mengharamkan pembesar suara dan kumpulan pelancong lebih daripada 25 orang dalam usaha untuk mengurangkan kesan pelancongan besar-besaran ke atas bandar Itali itu.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan, peraturan baharu itu akan berkuat kuasa mulai Jun depan yang mana penggunaan pembesar suara telah diharamkan kerana ia boleh 'menimbulkan kekeliruan dan gangguan'.

Pelancongan berlebihan disifatkan sebagai isu mendesak untuk bandar terusan tersebut memandangkan Venice adalah salah satu tempat yang paling banyak dikunjungi di Eropah.

Pada September lalu, Venice meluluskan percubaan yuran sebanyak 5 euro (RM25) untuk pelawat harian.

Bandar itu bersaiz hanya 7.6 kilometer persegi (2.7 batu persegi), namun ia menjadi tuan rumah kepada hampir 13 juta pelancong pada 2019, menurut institut perangkaan kebangsaan Itali.

Pada awal tahun ini, Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) berkata, bandar itu perlu ditambah ke senarai tapak warisan dunia dalam bahaya kerana kesan ancaman perubahan iklim dan pelancongan besar-besaran menyebabkan perubahan tidak dapat dipulihkan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!