Dong Zong berani sebab 'tongkang Melayu' dah pecah: Rais Yatim

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) berani membantah pelaksanaan tulisan jawi berikutan kekuatan Melayu semakin terhakis.

Menerusi ciapan di laman Twitter, Pengerusi Yayasan Budi, Tan Sri Dr Rais Yatim turut memberitahu bahawa pihak terlibat tidak berani berbuat demikian pada waktu Melayu kuat dahulu.

“Beginilah, tentang skrip jawi ni, kepala-kepala Dong Zong tengok Melayu dah 'pecah tongkang' sebab itu mereka berani 'lanyak'.

“Masa kita kuat dulu mereka berani buat begini tak? Tidak. Kini kita dah tinggal gusi saja sebab itu mereka kasi jagung keras. Macam mana kuat gigit pun dah tak lut (berkesan),” katanya.

Dalam ciapan seterusnya, Rais turut mengucapkan tahniah kepada kerajaan Pahang kerana mula menegakkan pembudayaan jawi.

“Kenapa takut guna skrip jawi di Semenanjung Tanah Melayu?

“Negeri-negeri lain, ayuh turut sama. Bersatu bertambah mutu,” katanya.

Dong Zong sebelum ini berulang kali menyatakan bantahan terhadap keputusan kerajaan melaksanakan tulisan jawi di sekolah vernakular bermula tahun ini.

Artikel Berkaitan:

Kelantangan Dong Zong itu menimbulkan reaksi kurang senang dalam kalangan masyarakat Melayu khususnya.

Hari ini, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) turut menganjurkan Himpunan Bangkit Pertahan Jawi Haramkan Dong Zong di Kuala Lumpur.

ARTIKEL BERKAITAN:Gamis tuntut empat perkara

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!