Mangsa banjir di 3 negeri menurun kepada 1,675 orang malam ini

Jumlah mangsa banjir di tiga negeri semakin menurun kepada 1,675 orang di 16 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 8 malam ini berbanding 3,681 orang di 20 PPS petang Ahad. Gambar hiasan
Jumlah mangsa banjir di tiga negeri semakin menurun kepada 1,675 orang di 16 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 8 malam ini berbanding 3,681 orang di 20 PPS petang Ahad. Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jumlah mangsa banjir di tiga negeri semakin menurun kepada 1,675 orang di 16 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 8 malam ini berbanding 3,681 orang di 20 PPS petang Ahad.

Berdasarkan laporan terkini kejadian bencana di seluruh negara yang dikeluarkan Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), jumlah mangsa banjir di Kelantan terus berkurangan kepada 1,587 orang di 12 PPS berbanding 3,593 orang di 16 PPS petang tadi.

Menurut laporan itu, PPS di Kelantan merangkumi dua di Pasir Mas yang menempatkan 365 orang, lapan di Tumpat (1,191 orang) dan dua di Kuala Krai (31 orang).

Di Pahang, bilangan mangsa banjir kekal 34 orang berlindung di dua PPS di Maran, manakala 87 mangsa insiden tanah runtuh di Cameron Highlands kekal berada di sebuah PPS yang dibuka di daerah itu.

Jumlah mangsa banjir di Johor juga tidak berubah dengan 54 orang masih ditempatkan di dua PPS di Segamat malam ini.

Sementara itu, tinjauan situasi status Stesen Telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran mendapati empat sungai berada pada paras bahaya.

Sungai Pulai di Johor Bahru, Johor merekodkan paras 4.41 meter (m) dengan trend menurun; Sungai Golok di Pasir Mas, Kelantan (9.47m dengan trend menurun); Sungai Perak di Hulu Perak, Perak (111.9m dengan trend meningkat) dan Sungai Arau di Arau, Perlis (23.79m dengan trend meningkat).

Laporan itu juga menyatakan terdapat 35 jalan ditutup akibat bencana banjir, jambatan rosak atau runtuh dan tanah runtuh.

Artikel Berkaitan:

Jalan terlibat antaranya ialah Jalan Jabi-Bukit Tempurung, Segamat di Johor; Jalan Kota Bharu-Pasir Mas-Rantau Panjang (Kelantan); Jalan Marang-Wakaf Tapai (Terengganu) dan Jalan Kuala Lumpur-Bentong (Jalan Lama Bentong) di Pahang serta Jalan Bukit Jugra di Selangor. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!