Deklarasi ‘Kepung Demi Palestin’ garis empat tuntutan

Chua ketika berucap pada malam kemuncak piket aman 'Kepung Demi Palestin' di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat, Jalan Tun Razak pada Ahad.
Chua ketika berucap pada malam kemuncak piket aman 'Kepung Demi Palestin' di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat, Jalan Tun Razak pada Ahad.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Piket aman 'Kepung Demi Palestin' menggariskan empat tuntutan kepada pentadbiran Amerika Syarikat (AS) dan rejim Zionis Israel bagi menghormati aspirasi rakyat Palestin.

Ahli jawatankuasa Sekretariat Solidariti Palestin (SSP), Tian Chua berkata, empat deklarasi itu termasuklah gesaan gencatan senjata serta-merta yang kekal di seluruh bumi Palestin serta menamatkan sistem Apartheid di semua wilayah jajahan Palestin.

“Kita desak hentikan pembersihan etnik dan pembunuhan genosida terhadap rakyat Palestin.

"Kita juga mahukan keamanan dan penyelesaian yang adil serta berkekalan untuk semua di Palestin,” katanya ketika membacakan deklarasi berkenaan pada malam kemuncak piket aman 'Kepung Demi Palestin' di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat,Jalan Tun Razak di sini pada Ahad.

Chua berkata, mulai 1 Januari 2024 rakyat Malaysia akan teguh berdiri dalam bersolidariti dengan rakyat Palestin.

“Kami tidak berganjak dari komitmen kami untuk perjuangan dan akan terus meningkatkan usaha kempen kami demi mencapai keamanan, keadilan, keselamatan dan maruah untuk Palestin yang berdaulat,” ujarnya.

Chua dalam sidang akhbar berkata, tujuan piket itu diadakan adalah bagi memberi ruang kepada orang ramai untuk sama-sama bersolidariti demi rakyat Palestin di Gaza.

"Sepanjang enam hari berlangsung, piket ini sudah menarik 800 penyertaan orang ramai yang berkampung di sini sama ada bermalam atau sekadar singgah," katanya.

Artikel Berkaitan:

Kira-kira 200 orang menghadiri malam kemuncak piket berkenaan yang turut dihadiri oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad; Menteri Pertanian dan Keterjaminan, Datuk Seri Mohamad Sabu; Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad; Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Aiman Athirah Sabu; Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid dan Penasihat Umum Parti Amanah Negara, Datuk Seri Ahmad Awang.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!