55 bayi Tahun Baru 2020 di Selangor

Bayi tahun baru di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang diraikan melalui penyampaian cenderahati berupa hamper disampaikan Pengarah HTAR, Dr Hasni Hanafi (berdiri, empat dari kiri).
Bayi tahun baru di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang diraikan melalui penyampaian cenderahati berupa hamper disampaikan Pengarah HTAR, Dr Hasni Hanafi (berdiri, empat dari kiri).
A
A
A

SHAH ALAM - Seramai 55 bayi Tahun Baru 2020 dilahirkan di Selangor sehingga jam 12 tengah hari ini.

Pengarah Jabatan Kesihatan Selangor, Datuk Dr Khalid Ibrahim berkata, ia merangkumi 33 bayi lelaki dan 22 bayi perempuan.

"Seramai 45 daripadanya adalah Melayu, empat Cina dan dua India serta empat daripadanya adalah warga asing (tiga Indonesia, seorang Nigeria).

"Tiada bayi kembar direkodkan setakat ini dan 42 daripadanya dilahirkan secara normal dan 13 yang lain secara pembedahan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!