Alam Flora kutip 3.06 tan sampah pada sambutan tahun baharu 2024

Tong sampah dipenuhi bungkusan makanan dan minuman di Dataran Merdeka.
Tong sampah dipenuhi bungkusan makanan dan minuman di Dataran Merdeka.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 3.06 tan sampah dikutip di tiga lokasi yang menjadi tumpuan warga kota menyambut ambang tahun baharu 2024 pada awal pagi Isnin.

Operasi pembersihan yang tamat jam 6 pagi Isnin itu membabitkan 128 petugas Alam Flora yang dipecahkan ke lokasi iaitu Bukit Bintang, Dataran Merdeka dan pekarangan KLCC.

Pengurus Kawasan Perkhidmatan Kuala Lumpur (Selatan) Alam Flora, Saiful Azim Saad berkata, Bukit Bintang mencatatkan kutipan sampah paling tingi iaitu sebanyak 1.98 tan, diikuti Dataran Merdeka dengan 0.79 tan manakala pekarangan KLCC pula 0.29 tan.

Petugas Alam Flora bersiap sedia untuk operasi pembersihan di Dataran Merdeka.
Petugas Alam Flora bersiap sedia untuk operasi pembersihan di Dataran Merdeka.

Menurutnya, Alam Flora telah membuat persiapan awal bagi operasi pembersihan dengan menyediakan tiga jentera kompaktor bagi melaksanakan perkhidmatan kutipan sisa pepejal yang bermula seawal jam 10 malam.

"Alam Flora juga telah menempatkan sebanyak 38 unit tong sampah berkapasiti 660 liter dan 10 unit tong sampah 240 liter di ketiga-tiga kawasan tumpuan.

"Selain itu, water jetter turut digunakan untuk kerja buat cucian di sekitar kaki jalan, terutamanya di Dataran Merdeka," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, kebanyakan sampah dikutip merupakan sisa bungkusan makanan yang ditinggalkan di lokasi selepas acara selesai.

Artikel Berkaitan:

Sambutan tahun baharu di Dataran Merdeka pada awal pagi Isnin.
Sambutan tahun baharu di Dataran Merdeka pada awal pagi Isnin.

Bagaimanapun katanya, jumlah kutipan sampah pada tahun ini terkawal berbanding tahun-tahun sebelum ini terutamanya di sekitar Dataran Merdeka.

"Jika dilihat, sambutan tahun ini tidak semeriah tahun lalu mungkin disebabkan tiada acara rasmi dijalankan di sini selain padang ditutup kerana dalam proses penyelenggaraan.

"Mungkin pada tahun ini, orang ramai lebih terarah ke tempat lain yang turut sama meraikan tahun baru, jadi di sini (Dataran Merdeka) kurang meriah," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!