Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Lelaki goda isteri orang masih boleh didakwa di Johor

01 Januari 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 1 JANUARI 2024

Lelaki Islam yang menggoda isteri orang di Johor masih boleh didakwa dan dikenakan tindakan mengikut undang-undang syariah negeri berkenaan, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Exco Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, Seksyen 36 Enakmen Jenayah (Syariah) Negeri Johor 1997 masih terpakai dan boleh digunakan untuk mendakwa individu yang melakukan perbuatan itu.

Jelasnya, mengikut Seksyen 36, memujuk lari seorang perempuan bersuami atau membawanya keluar dari satu tempat atau dengan cara mempengaruhinya meninggalkan kediaman yang ditentukan oleh suaminya adalah salah.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/642106/Lelaki-goda-isteri-orang-masih-boleh-didakwa-di-Johor

Muzik: www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #Johor #GodaIsteriOrang #GangguIsteriOrang