'Kami sekeluarga perlukan doa anda semua' - Isteri Hamdan Senario

Ahli keluarga Hamdan hadir ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru pada Isnin
Ahli keluarga Hamdan hadir ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru pada Isnin
A
A
A

ISTERI Hamdan Senario, Nurhamilini Ahmad, 53, memohon orang ramai menitipkan doa buat suaminya agar kembali pulih seperti biasa selepas ditidurkan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru pada Ahad berikutan masalah jangkitan kuman dalam darah.

"Saya mohon sangat doakan kesihatan ayah (Hamdan).

"Kami sekeluarga betul-betul memerlukan doa anda semua," katanya.

Pada Ahad, Hamdan atau nama sebenar, Ahmad Hamdan Mohamed Ramli, 54, bertandang ke Johor Bahru bersama anggota Senario lain untuk menjayakan acara Wonderful Night with Senariounion, pada malam Ahad.

Bagaimanapun, Hamdan dilaporkan terpaksa ditidurkan selepas disahkan mengalami jangkitan kuman dalam darah pada petang Ahad.

Nur Natasha (kanan) bersama ibunya Nurhamilini ketika ditemui media di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.
Nur Natasha (kanan) bersama ibunya Nurhamilini ketika ditemui media di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

Sementara itu, anak bongsu Hamdan, Nur Natasya Umairah Hamdan, 20, memberitahu bahawa ayahnya masih tetap memikirkan komitmen kerja sebelum ditidurkan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru pada Ahad.

"Dalam keadaan kritikal sebelum ditidurkan, ayah beritahu doktor ada kerja hendak teruskan, persembahan untuk peminat," katanya.

Artikel Berkaitan:

Nur Natasya Umairah berkata, Hamdan teruja untuk bertemu dengan peminat sempena persembahan Showcase Senariounion di sebuah hotel di bandar raya ini pada malam Ahad, yang juga merupakan hari ulang tahun Senario ke-27.

"Ayah ada kencing manis dan doktor syak ada masalah buah pinggang.

"Ayah, ibu dan abang, Muhammad Syazreen Haqeem, 25, bergerak ke Johor Bahru dari Ipoh pada Sabtu.

"Mereka singgah untuk mengambil saya yang belajar di Selangor untuk sama-sama ke Johor Bahru.

"Ketika itu, saya lihat ayah sihat dan tiada apa- apa masalah," katanya ketika ditemui di pekarangan HSA Johor Bahru pada Isnin.

Nur Natasya memberitahu, selepas tiba di hotel di bandar raya ini, mereka sekeluarga makam malam dengan keluarga kumpulan Senario, namun sebaik beredar, ayahnya mengadu badannya berasa hendak demam kerana berjalan jauh dari Ipoh.

Apek (kanan) dan Yassin turut berada di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.
Apek (kanan) dan Yassin turut berada di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

"Pada tengah malam itu, ayah cirit-birit mungkin keracunan tetapi berlarutan sehingga pagi.

"Ayah pada mulanya berat hati hendak ke hospital memandangkan sebelah malam ada showcase dengan Senario tetapi selepas ibu pujuk, ayah ke hospital pada tengah hari Sabtu," katanya.

Dalam pada itu, anggota kumpulan Senario turut dilihat berada di pekarangan HSA untuk menziarahi Hamdan.

Antaranya, Yassin Yahya, Azam Mohamed Yusoff (Apek), Abdul Wahid Mohamad, Azlee Jaafar dan Ilya Buang Shaharum ( Pak Ya).

@sinarharianonline

'Kami sekeluarga perlukan doa anda semua' - Isteri Hamdan Senario #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Senario #Hiburan #Artis #Selebriti #Doa #Keluarga

Bila Waktu Tlah Berakhir - Opick

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!