Lubang benam: Laluan KM73.850 Jalan Kampung Sungai Sam-Jeli ditutup
KOTA BHARU - Laluan KM 73.850 Jalan Kampung Sungai Sam-Jeli (FT 066) berhampiran Kampung Kubur Datu di Jeli ditutup kepada semua kenderaan akibat lubang benam (sinkhole).
Jabatan Kerja Raya (JKR) Jeli dalam kenyataan memaklumkan kejadian itu dikesan kira-kira jam 3.50 petang.
"Kawasan terkesan lubang benam itu adalah sepanjang 15 meter x 8 meter. Susulan itu jalan ditutup kepada semua kenderaan," menurut kenyataan itu. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!