Korea Utara sedia berdepan perang dengan Korea Selatan

Kim Jong Un menghadiri mesyuarat Parti Pekerja Korea (WPK) di bangunan ibu pejabat Jawatankuasa Pusat Parti di Pyongyang. - Foto: AFP
Kim Jong Un menghadiri mesyuarat Parti Pekerja Korea (WPK) di bangunan ibu pejabat Jawatankuasa Pusat Parti di Pyongyang. - Foto: AFP
A
A
A

SEOUL - Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un membuat ancaman baharu serangan nuklear ke atas Seoul dan mengarahkan tentera mempersiapkan diri untuk berdepan perang yang bakal 'meletus bila-bila masa'.

Jong-Un mengecam Amerika Syarikat (AS) semasa mengadakan ucapan semasa hari terakhir mesyuarat parti dengan menetapkan keputusan dasar ketenteraan, politik dan ekonomi pada tahun 2024.

Menurut Agensi Berita Pusat Korea (KCNA), mesyuarat itu mengumumkan rancangan untuk untuk pembangunan ketenteraan selanjutnya pada tahun akan datang termasuk melancarkan tiga lagi satelit pengintip, membina dron tanpa pemandu selain membangunkan keupayaan peperangan elektronik serta mengukuhkan pasukan nuklear dan peluru berpandu.

Tahun ini, Pyongyang berjaya melancarkan satelit peninjau yang sekali gus mengekalkan statusnya sebagai kuasa nuklear dalam perlembagaannya dan menguji peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) paling canggih.

Sebelum ini, pemimpin itu menuduh AS menimbulkan 'pelbagai bentuk ancaman ketenteraan' dan mengarahkan pasukan tentera mengekalkan keupayaan tindak balas perang luar biasa.

KCNA menambah, mesyuarat itu membuat kesimpulan bahawa bahawa perang mungkin meletus di semenanjung Korea pada bila-bila masa disebabkan tindakan nekad musuh untuk menyerang Korea Utara.

Dalam usaha untuk menghalang tindakan Pyongyang, Washington mengerahkan kapal selam berkuasa nuklear di bandar pelabuhan Korea Selatan Busan bulan ini dan menerbangkan pengebom jarak jauhnya dalam latihan dengan Seoul dan Tokyo. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!