Tumpahan minyak punca pencemaran Sungai Tiram

Penguat kuasa JAS Johor mengambil sampel air di Jeti Nam Heng, Sungai Tiram yang tercemar dipercayai akibat tumpahan minyak.
Penguat kuasa JAS Johor mengambil sampel air di Jeti Nam Heng, Sungai Tiram yang tercemar dipercayai akibat tumpahan minyak.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Proses kerja fizikal kapal disyaki punca terjadinya tumpahan minyak di sekitar jeti nelayan Nam Heng di Sungai Tiram dalam kawasan perairan Sungai Johor di sini.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor, Dr Mohd Famey Yusoff berkata, insiden pencemaran terbabit disedari nelayan di kawasan berkenaan, sejak Sabtu lalu.

Menurut beliau, nelayan mendakwa minyak yang mengalir itu berpunca daripada sebuah kapal yang dalam proses kerja-kerja fizikal.

"Pasukan Penguat kuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor menjalankan siasatan di lokasi yang diadukan pada Ahad dan mengenal pasti kewujudan minyak di kawasan sekitar jeti.

Proses kerja fizikal kapal disyaki punca terjadinya tumpahan minyak di sekitar jeti nelayan Nam Heng di Sungai Tiram.
Proses kerja fizikal kapal disyaki punca terjadinya tumpahan minyak di sekitar jeti nelayan Nam Heng di Sungai Tiram.

"Bagaimanapun tiada pekerja yang bekerja di premis itu. Arahan sudah dikeluarkan kepada pihak bertanggungjawab terhadap kapal itu untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan minyak di kapal dan sekitar kawasan terkesan dengan minyak.

"Pengurusan terhadap kapal dan kawalan minyak di permukaan air sungai sudah pun menghubungi agensi yang berkaitan," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Beliau seterusnya mengingatkan semua pihak yang terbabit dengan aktiviti perkapalan di negeri ini agar tidak sesuka hati melakukan pembuangan atau pelepasan sisa minyak ke kawasan perairan.

Artikel Berkaitan:

Katanya, ia menjadi satu kesalahan mengikut seksyen berkaitan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

"Semua diminta tidak melakukan pencemaran selain menjadi mata, telinga dan mulut kepada JAS dalam membanteras jenayah alam sekitar," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!