Enam termasuk tiga pelajar ditahan buat aksi 'Superman'

Enam lelaki termasuk tiga pelajar ditahan selepas menunggang motosikal secara berbahaya dengan aksi ‘Superman’ di kawasan sekitar Port Dickson. - Gambar hiasan
Enam lelaki termasuk tiga pelajar ditahan selepas menunggang motosikal secara berbahaya dengan aksi ‘Superman’ di kawasan sekitar Port Dickson. - Gambar hiasan
A
A
A

SEREMBAN - Enam lelaki termasuk tiga pelajar ditahan selepas menunggang motosikal secara berbahaya dengan aksi ‘Superman’ di kawasan sekitar Port Dickson.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed berkata, kesemua mereka berumur antara 17 hingga 28 tahun itu ditahan menerusi Op Samseng Jalanan sempena sambutan Ambang Tahun Baharu 2024 yang bermula pada jam 9 malam hingga 4 pagi Isnin.

"Perbuatan yang dilakukan sekumpulan remaja tersebut boleh membahayakan nyawa diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain.

"Ekoran itu, kita turut merampas keenam-enam motosikal mereka dan dibawa ke IPD Port Dickson untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini malam Isnin.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!