Jepun rekod 29 gempa bumi dalam 2 jam
TOKYO - Sebanyak 29 gempa bumi dengan magnitud maksimum 7.6 berlaku di wilayah Ishikawa dan Niigata di Jepun dalam tempoh dua jam pada Isnin, menurut data yang dianalisis oleh Sputnik.
Gegaran bawah tanah bermula pada jam 4.06 petang waktu tempatan (07:06 GMT).
Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Yoshimasa Hayashi berkata, sekurang-kurangnya enam rumah telah runtuh akibat aktiviti seismik.
"Setakat ini, enam bangunan telah runtuh dengan kemungkinan ada mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan," kata Hayashi.
Beliau berkata, pihak berkuasa tidak memiliki sebarang maklumat mengenai penduduk yang cedera.
Apabila diminta mengulas laporan media Jepun mengenai runtuhan kira-kira 100 bangunan, Hayashi berkata, kerajaan Jepun sedang mengesahkan maklumat berkenaan. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!