Kembara Harimau Malaya ke Qatar 2023 bermula
MALAYSIA Airlines diumumkan sebagai rakan penaja utama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bermula 1 Januari 2024.
Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, jalinan persahabatan antara FAM dan Malaysia Airlines yang telah terjalin sejak 2019 kian kukuh sejak itu.
“Dengan kehadiran Malaysia Airlines yang kini merupakan rakan penaja utama buat FAM dan skuad Harimau Malaya, sudah pastinya ia akan membakar semangat barisan kejurulatihan dan pemain di Doha, Qatar nanti.
“Ia merupakan satu penghormatan dan kebanggaan untuk melihat persahabatan antara dua organisasi ini terus berkembang di masa hadapan.
“Mewakili pihak FAM, jutaan terima kasih saya ucapkan kepada Malaysia Aviation Group (MAG) di atas sokongan dan diharapkan ia dapat menjadi inspirasi kepada barisan pemain skuad Harimau Malaya,” kata Hamidin ketika majlis send off skuad Harimau Malaya ke Piala Asia Qatar 2023 di Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) Sepang pada Isnin.
Majlis turut dihadiri oleh Timbalan Presiden FAM, Datuk S Sivasundaram; Exco FAM, Md Dali Wahid dan Ketua Pegawai Eksekutif MAG, Ahmad Luqman Mohd Azmi.
Sementara itu, skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan-gon selamat tiba di Doha, Qatar bagi menghadapi Piala Asia 2023 yang bermula 12 Januari hingga 10 Februari 2024.
Angkatan Kim Pan-gon akan membuka kempen Piala Asia berdepan Jordan pada awal pagi 16 Januari ini sebelum menentang Bahrain (20 Januari) dan Korea Selatan (25 Januari).
Harimau Malaya Road To Qatar 2023
1. Ahmad Syihan Hazmi Mohamed, 27, JDT, Malaysia
2 Matthew Davies, 28, JDT, Malaysia
3. Lavere Lawrence Corbin Ong, 32, JDT, Malaysia
4. Endrick Do Santos, 28, JDT, Malaysia
5. Arif Aiman Mohd Hanapi, 21, JDT, Malaysia
6. Muhammad Safawi Rasid, 26, JDT, Malaysia
7. Muhammad Akhyar Abdul Rashid, 24, JDT
8. Shahrul Mohd Saad, 30, JDT
9. Muhammad Syahmi Safari, 25, JDT, Malaysia
10. Mohd Afiq Fazail, 29, JDT, Malaysia
11. Mohamadou Sumareh, 29, JDT, Malaysia
12. Mohamed Syamer Kutty Abba, 26, JDT, Malaysia
13. Natxo Insa, 37, JDT, Malaysia
14. Dominic Tan, 26, Sabah FC, Malaysia
15. Daniel Sang Ting, 31, Sabah FC, Malaysia
16. Stuart John Wilkin, 25, Sabah FC, Malaysia
17. Darren Lok, 33, Sabah FC, Malaysia
18. Brendan Gan, 35, Selangor FC, Malaysia
19. Mohamad Faisal Abdul Halim, 25, Selangor FC, Malaysia
20. Ahmad Khuzaimi Piee, 30, Selangor FC, Malaysia
21. Muhammad Azri Ab Ghani, 24, Kuala Lumpur City, Malaysia
22. Paulo Josue, 34, Kuala Lumpur City, Malaysia
23. Romel Morales, 26, Kuala Lumpur City, Malaysia
24. Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman, 21, Negeri Sembilan FC, Malaysia
25. Dion Johan Cools, 27, Buriram United, Thailand
26. Junior Eldstal, 32, Dewa United, Indonesia
@sinarharianonline Road to Qatar 2023... Skuad bola sepak negara, Harimau Malaya akhirnya mendarat di bumi Qatar bagi kempen Pusingan Akhir Piala Asia 2023. Harimau Malaya kendalian Kim Pan-gon menjalani sesi latihan hari pertama di Qatar University, Doha, Qatar pada Isnin. Saingan Piala Asia Qatar 2023 dijadualkan bermula 12 Januari hingga 10 Februari, menyaksikan Malaysia diundi dalam Kumpulan E akan bertemu Jordan di Stadium Al Janoub pada 16 Januari; kemudian Bahrain di Stadium Jassim Bin Hamad pada 20 Januari diikuti Korea Selatan di Stadium Al Janoub, 25 Januari 2024. #fyp original sound - Sinar Harian
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!