Liverpool jarak tiga mata di puncak liga

Mohamed Salah menyempurnakan penalti pada minit ke-86 untuk memastikan kemenagan 4-2 ke atas Newcastle di Anfield. Foto AFP
Mohamed Salah menyempurnakan penalti pada minit ke-86 untuk memastikan kemenagan 4-2 ke atas Newcastle di Anfield. Foto AFP
A
A
A

MOHAMED Salah menjaringkan dua gol ketika membantu Liverpool menumpaskan Newcastle United 4-2, sekali gus meletakkan The Reds di puncak Liga Perdana Inggeris (EPL).

Dalam perlawanan berlangsung sengit dengan hujan dan angin di Mersyside, Liverpool melancarkan serangan bertali arus ke gawang pelawat di separuh masa pertama, namun kebuntuan gol seakan mengheret tuan rumah dan pelawat kepada keputusan seri tanpa jaringan.

Namun, Salah yang akan berangkat untuk menyertai Mesir di Piala Afrika muncul penyelamat dengan menyumbat gol pembukaan di awal babak kedua dan menyempurnakan penalti di penghujung separuh masa kedua.

Jaringan pertama Salah pada minit ke-49 adalah gol EPL ke-150 untuk Liverpool, tetapi kelebihan itu dipadamkan lima minit kemudian yang berjaya melepasi pertahanan tuan rumah dan menjaringkan gol.

Liverpool menggandakan asakan dan akhirnya kembali di hadapan menerusi Curtis Jones m-74 sebelum Cody Gakpo menyempurnakan hantaran cantik Salah m-78.

Namun, Newcastle cuba bangkit menerusi gol Sven Botman yang menyempurnakan hantaran sepakan penjuru untuk menjadikan kedudukan 3-2 sebelum Salah memperdaya Martin Dubravka menerusi penalti m-86 untuk memastikan tiga mata buat Liverpool.

Liverpool telah memenangi tujuh perlawanan EPL di Anfield musim ini tetapi diikat keputusan seri ketika melayan kunjungan Manchester United dan Arsenal dalam dua perlawanan terakhir di laman sendiri.

The Reds kini memimpin carta EPL mengatasi Aston Villa dengan kelebihan tiga mata dan mempunyai keunggulan lima mata ke atas Manchester City yang mempunyai satu perlawanan tertunda.

Artikel Berkaitan:

Newcastle yang kehilangan sembilan pemain utama, masih kekal di tempat kesembilan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!