PADU: Perlu audit keselamatan, kemas kini secara berkala

Keselamatan siber penting untuk sesebuah organisasi beroperasi dengan lebih efisyen dan kritikal bagi melindungi data tersebut. Foto hiasan
Keselamatan siber penting untuk sesebuah organisasi beroperasi dengan lebih efisyen dan kritikal bagi melindungi data tersebut. Foto hiasan
A
A
A

PUTRAJAYA - Kerajaan perlu melaksanakan audit keselamatan secara berkala terhadap Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) dengan mengambil kira faktor ancaman baharu dan perkembangan arus teknologi.

Ketua Pegawai Eksekutif Cybersecurity Malaysia, Datuk Dr Amirudin Wahab berkata, langkah itu bagi memastikan keselamatan pangkalan data dan portal sistem itu terus terjamin.

"Kalau kita kata sekarang selamat, tidak semestinya lima atau enam bulan akan datang ia masih selamat. Sebab itu perlunya audit dilakukan," katanya menerusi Forum Memacu Peralihan Melalui PADU di sini pada Selasa.

Menurutnya, keselamatan siber penting untuk sesebuah organisasi beroperasi dengan lebih efisyen dan kritikal bagi melindungi data tersebut.

"Kita perlu mengambil kira faktor baharu peredaran masa, teknologi canggih dan akan ada trend baharu yang mungkin memberi ancaman," katanya.

Beliau berkata, sebagai sebuah negara yang mempunyai penembusan internet tinggi iaitu 96.8 peratus dan 148.6 peratus penembusan telefon pintar, Malaysia berdepan dengan risiko dan ancaman keselamatan siber.

"Persediaan lengkap adalah kunci untuk menangani ancaman siber di masa akan datang," katanya.

Sementara itu, Pengarah Pusat Penyelidikan Kesejahteraan Sosial (SWRC) Universiti Malaya, Datuk Emeritus Profesor Dr Norma Mansor berkata,

Artikel Berkaitan:

data yang terkandung di dalam PADU juga perlu dikemaskini secara berkala.

Menurut beliau, sekiranya element tersebut diabaikan, data terbabit akan menjadi statik dan tidak efisyen.

"Kita tidak mahu lagi orang yang telah meninggal dunia ada di dalam data PADU dan mendapat bantuan," katanya.

Ujar Norma, pengemaskinian itu perlu dilakukan oleh rakyat dengan sokongan dan bantuan pihak berkaitan.

"Ini kerana terdapat rakyat yang tidak mempunyai keupayaan untuk melakukannya," katanya.

Tambah beliau, keberkesanan PADU bergantung kepada tindakan proaktif setiap pemilik program jika tidak ia akan menjadi perpustakaan data semata-mata.

"Data dan teknologi adalah pemudah cara tetapi keberhasilannya tetap bergantung kepada individu bertanggungjawab terhadap perkhidmatan tersebut," katanya.

PADU merupakan sistem yang menggabungkan lebih 200 pangkalan data untuk menyelaras pengumpulan maklumat negara secara berpusat dan bersepadu.

Ia berupaya memperkemas pelaksanaan pemberian bantuan kerajaan dengan lebih meluas dan menyeluruh.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!