'UMNO mampu bekerjasama walau berbeza pandangan politik'

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

PEKAN - UMNO mampu berkerjasama dengan parti-parti lain di dalam Kerajaan Perpaduan walaupun berbeza pandangan politik.

Memetik laporan UMNO Online, Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Sh Mohmed Puzi Sh Ali berkata, perkara tersebut dilakukan demi kepentingan rakyat.

“UMNO telah membuktikan walaupun berbeza pandangan politik dan pernah berbalah serta menjadi ‘musuh’ dengan parti lain tapi di dalam Kerajaan Madani demi kesepaduan dan kesejahteraan negara dan rakyat, UMNO mampu bekerjasama dengan baik dan rasional.

“Keberadaan UMNO dalam Kerajaan Madani juga menunjukkan bahawa UMNO adalah parti yang rasional, yang mengutamakan rakyat dan perpaduan nasional,” ujarnya lagi.

Tegasnya, parti itu terus mempertahankan falsafah perjuangannya demi agama, bangsa dan negara.

Menurutnya, menerusi falsafah tersebut kesemua cetusan idea diterjemah oleh pemimpin UMNO yang sedang dan akan dilaksanakan untuk kepentingan rakyat secara holistik.

“UMNO adalah parti keramat yang memanifestasikan perjuangan bangsa Melayu dan Islam, selaras dengan perlembagaan UMNO dan Perlembagaan Malaysia.

“Menerusi penyertaan parti ini ia membawa tanda bahawa UMNO masih relevan dalam perjuangannya, mempertahankan dan memberi perlindungan kepada empat isu utama iaitu Bahasa Melayu, agama Islam, Raja-raja dan hak kepentingan orang Melayu sebagaimana perkara itu telah termaktub dalam Perlembagaan," tambah beliau.

Artikel Berkaitan:

Ujarnya, kempat-empat perkara tersebut tidak boleh dipertikaikan, dipersoalkan malah harus dipatuhi.

"Ini kerana perkara-perkara tersebut yang menjadi asas utama pembentukan negara Malaysia dan termasuk dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Kerana itu juga, rakyat tidak perlu gusar atau meragui perjuangan UMNO," jelasnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!