PADU sebagai langkah reformasi kawal perbelanjaan, tingkatkan hasil negara
02 Januari 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 2 JANUARI 2024
Pelaksanaan Pangkalan Data Utama (PADU) jika berjalan lancar dijangka dapat membantu negara mencapai sasaran defisit fiskal antara 3.0 peratus hingga 3.5 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2025.
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, inisiatif PADU adalah antara keutamaan kerajaan dalam memastikan manfaat limpahan ekonomi dapat dirasai secara adil dan saksama oleh segenap lapisan rakyat.