Mangsa terakhir banjir di Kelantan dijangka pulang esok
RANTAU PANJANG - Kesemua 26 mangsa banjir terakhir yang berada di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Gual To'Deh di sini dijangka pulang ke rumah masing-masing pada Rabu.
Ia susulan keadaan cuaca semakin baik selain banjir yang melanda kampung mereka di Bendang Perol hampir surut sepenuhnya.
Seorang penduduk, Nor Azni Setapa, 49, berkata, dia sudah tidak sabar untuk pulang ke rumah selepas 18 hari berada di PPS.
"Saya harap selepas ini tiada lagi banjir kerana kami sudah tidak larat untuk berpindah," katanya ketika ditemui pada Selasa.
Menurut dia, bagaimanapun mereka tetap berjaga-jaga untuk berdepan dengan sebarang kemungkinan selepas ini.
Ujarnya, hal ini kerana musim tengkujuh masih belum tamat sepenuhnya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!