Nilai selepas dibaiki menghampiri harga sangkar burung baharu
BERITA SEMASA 2 JANUARI 2024
Sesebuah ‘istana kayangan’ merbah jambul mempunyai nilai estetika tersendiri, bahkan setiapnya mampu mencecah lebih RM4,000 kerana keunikan ukiran tradisional yang sukar ditandingi, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Keunikan itu menarik minat seorang bekas pekerja firma guaman, Che Roslan Che Nasir untuk membaik pulih sangkar-sangkar burung yang sudah rosak atau usang sejak 2018.
Che Roslan berkata, sangkar-sangkar diterima daripada pelanggan diperbuat daripada jenis kayu dipanggil terang arnab, bunga Pattani, Jepun dan merak yang berusia antara lebih 10 hingga 50 tahun.
Katanya, kebanyakkan sangkar tersebut berasal dari Thailand dan Malaysia yang masih lagi berharga walaupun berstatus terpakai.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
Muzik: www.bensound.com