2 maut, 8 cedera ditembak ketika sambutan tahun baharu di LA
LOS ANGELES - Seramai dua orang terbunuh manakala lapan lagi dirawat di hospital selepas kejadian tembakan ketika Sambutan Malam Tahun Baharu di sini pada Isnin, lapor Xinhua.
Insiden dilaporkan berlaku pada 1 pagi waktu tempatan (1700 GMT) semasa Sambutan Malam Tahun Baharu di sebuah gudang, menurut Jabatan Polis Los Angeles (LAPD).
Seorang lelaki dan seorang wanita berusia 20-an disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
"Semasa parti itu, pertengkaran telah berlaku hingga mencetuskan insiden tembakan," menurut LAPD dalam satu kenyataan media.
Siasatan masih diteruskan dan tiada tangkapan dibuat pada masa ini, menurut LAPD.
Keterangan mengenai suspek masih belum diperoleh. - Bernama/Xinhua
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!