Niaga hadapan emas ditutup tinggi
KONTRAK niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini seiring dengan prestasi kukuh di niaga hadapan emas Comex.
Pada penutup dagangan, kontrak Januari 2024 meningkat kepada AS$2,083.0 setiap auns troy daripada AS$2,062.4 setiap auns troy pada Jumaat (29 Disember).
Kontrak Februari 2024, Mac 2024, April 2024 dan Jun 2024 semuanya ditutup kukuh pada AS$2,094.0 setiap auns troy berbanding AS$2,086.4 setiap auns troy sebelum itu.
Jumlah dagangan susut kepada 36 lot daripada 187 lot pada Jumaat, manakala kepentingan terbuka melonjak kepada 170 kontrak daripada 134 kontrak sebelumnya.
Harga emas fizikal berada pada AS$2,078.40 setiap auns troy, menurut London Bullion Market Association pada 28 Disember. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!