Rakyat Palestin tuntut balas dendam kematian Saleh al-Arouri
RAMALLAH - Rakyat Palestin turun ke jalanan di bandar Ramallah, Tebing Barat sejurus selepas laporan kematian pegawai tertinggi Hamas, Saleh al-Arouri di Lubnan pada Selasa.
Mereka menuntut balas dendam ke atas pembunuhan a-Arouri sambil melaungkan slogan dan menyeru Setiausaha Agung Hezbollah di Lubnan, Sayyed Hassan Nasrallah untuk mengambil tindakan.
Sebelum itu, agensi nasional Lubnan berkata, serangan dron Israel di Beirut telah membunuh al-Arouri dan beberapa pejuang Hamas yang lain.
Pemimpin Hezbollah, Sayyed Hassan Nasrallah telah berikrar untuk bertindak balas terhadap mana-mana pihak Israel yang menyasarkan pegawai Palestin di Lubnan. - Awani.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!