Ancelotti lebih berminat latih Real daripada Brazil

Carlo Ancelotti. Foto: EPA
Carlo Ancelotti. Foto: EPA
A
A
A

CARLO Ancelotti mengakui gembira untuk terus kekal mengemudi Real Madrid sehingga 2026 walaupun pernah dirisik untuk mengambil alih jawatan sebagai pengendali pasukan Brazil.

Pada Julai tahun lalu, Ancelotti dilaporkan akan menjadi pengendali luar negara pertama melatih Brazil dalam tempoh hampir 60 tahun sebelum dia membuat keputusan menandatangani perjanjian baharunya dengan gergasi Sepanyol itu.

"Semua orang tahu bahawa saya mempunyai hubungan baik dengan presiden persekutuan Brazil.

“Saya ingin berterima kasih kepadanya atas minat yang ditunjukkan terhadap saya,” katanya.

Ancelotti telah memenangi Liga Juara-Juara empat kali, dua kali bersama AC Milan dan dua kali bersama Real Madrid mahu terus kekal di kelab itu lebih lama.

“Pada 2026, bergantung kepada keputusan, saya mungkin masih berada di sana. Saya mahu menjadi jurulatih Madrid dan saya berharap terus seperti ini pada 2027 dan 2028 kerana saya mahu kekal di sini,” katanya.

Ancelotti juga telah memenangi kejuaraan liga domestik bersama Real dan Milan, Chelsea, Bayern Munich dan Paris Saint-Germain.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!