J-KOM wajar dirombak secara menyeluruh - Puad Zarkashi

Mohd Puad
Mohd Puad
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) wajar dirombak secara menyeluruh, penjenamaan semula dan dipimpin oleh mereka yang lebih kompeten.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, imej jabatan berkenaan semakin merundum setelah isu ‘A dan W’ dibangkitkan serta analisis yang dilakukan Timbalan Ketua Pengarah J-KOM, Datuk Ismail Yusop berkenaan Langkah Dubai.

“Analisis tersebut cetek, ia mengakibatkan kerajaan pula jadi defensif kerana beberapa nama disebut,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.

Media sebelum ini melaporkan, Ismail Yusop mendakwa gerakan tersebut untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, turut membabitkan tokoh politik veteran berpengaruh yang bergelar Tun menggunakan dana asing.

Ia didakwa bertujuan membahagikan tugas kepada ejen untuk mengenal pasti ahli Parlimen yang boleh menukar sokongan kepada pembangkang bagi membentuk kerajaan baharu.

Sementara itu, Mohd Puad turut mempersoalkan mengenai keperluan Ismail Yusop yang memainkan isu Langkah Dubai.

“Kata Premier Sarawak, cerita Langkah Dubai adalah cerita palui.

“Lebih sesuai J-KOM fokus naratif kerajaan tebuk atap musibah dan tidak akan tercapai. Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan kata fatamorgana (khayalan),” tambahnya

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!