Lelaki ditemukan maut dalam kereta
KOTA BHARU - Seorang lelaki ditemukan maut selepas tidak sedarkan diri di dalam sebuah kenderaan di hadapan deretan kedai di Pasar Cabang Tiga Pengkalan Chepa di sini, pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, pihaknya menerima panggilan berkait kejadian itu pada jam 10.17 malam.
"Hasil pemeriksaan yang dilakukan, pihak kesihatan mengesahkan mangsa berusia 45 tahun itu meninggal dunia pada jam 10.30 malam.
"Mayat mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik, Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) untuk bedah siasat," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Mohd Rosdi barkata, hasil bedan siasat mendapati kematian lelaki tersebut berpunca daripada masalah saluran darah jantung tersumbat.
"Siasatan lanjut masih diteruskan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
"Pihak polis juga mengingatkan agar tiada mana-mana individu membuat sebarang spekulasi dan menghormati privasi keluarga si mati," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!