Kanak- kanak 11 tahun antara 28 PATI ditahan

Antara warga asing yang diperiksa dan ditahan oleh JIM Johor menerusi Ops Sapu di Skudai, awal pagi Rabu.- Foto JIM Johor
Antara warga asing yang diperiksa dan ditahan oleh JIM Johor menerusi Ops Sapu di Skudai, awal pagi Rabu.- Foto JIM Johor
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun antara 28 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan dalam serbuah Op Sapu di beberapa premis sekitar Skudai di sini, awal pagi Rabu.

Pengarah Jabatan Imigresen (JIM) Johor, Baharuddin Tahir berkata serbuan dilakukan sekitar jam 12.50 pagi oleh sepasukan pegawai dari bahagian penguat kuasa hasil maklumat awam.

"Hasil siasatan awal, mendapati PATI terbabit menyewa ruang tamu dan bilik kecil rumah kedai, dengan kadar sewaan bermula RM450 hingga RM750 sebulan.

"PATI yang ditahan terdiri daripada sembilan lelaki dan empat wanita warga Myanmar. Selebihnya, lima lelaki dan tiga wanita, serta seorang kanak-kanak lelaki warga Indonesia.

Keadaan rumah yang diperiksa sewaktu Ops Sapu di Skudai, awal pagi Rabu.- Foto JIM Johor
Keadaan rumah yang diperiksa sewaktu Ops Sapu di Skudai, awal pagi Rabu.- Foto JIM Johor

"Turut ditahan enam lelaki warga Bangladesh. Kesemua yang ditahan berusia 11 hingga 56 tahun," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Menurut beliau, kesemua yang ditahan dipercayai telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tiada dokumen pengenalan diri dan Seksyen 15(1)(c) akta sama iaitu tinggal lebih masa.

"Operasi penguatkuasaan akan dilakukan dengan lebih giat di negeri ini bagi membanteras isu kebanjiran PATI yang semakin galak menguasai sesuatu kawasan," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!