Pemain industri pelancongan Kelantan perlu contohi Thailand

Kerajaan Kelantan menggalakkan pemain industri pelancongan di negeri ini untuk mencontohi Thailand dalam menarik lebih ramai pengunjung.
Kerajaan Kelantan menggalakkan pemain industri pelancongan di negeri ini untuk mencontohi Thailand dalam menarik lebih ramai pengunjung.
A
A
A

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan menggalakkan pemain industri pelancongan di negeri ini untuk mencontohi Thailand dalam menarik lebih ramai pengunjung.

Exco Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Kamaruddin Md Noor berkata, sikap itu boleh dilihat apabila pemain industri di negara Gajah Putih itu seperti hotel, restoran serta tempat pelancongan tidak memikirkan keuntungan segera.

"Sebaliknya mereka mengambil pendekatan jangka panjang dengan mengutamakan jumlah pengunjung supaya industri tersebut terus kekal kukuh.

"Hal ini bagus untuk industri pelancongan," katanya semasa sidang akhbar pada Rabu.

Sebelum itu Kamaruddin mengadakan lawatan ke tapak Warisan Ulama Nusantara Pasir Tumboh di sini anjuran Persatuan Pegawai Kakitangan Masjid Kelantan.

Menurut beliau, sehubungan dengan itu kerajaan negeri sedang merangka pertemuan dengan pemain industri pelancongan tempatan bagi melihat perancangan jangka masa panjang.

Ujarnya, pada masa sama satu kajian yang lebih teliti perlu dilakukan termasuk melihat kepada faktor setempat.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!