Glowacki digantung empat tahun kantoi doping

Glowacki (kanan) didapati positif menggunakan bahan terlarang Anabollic Steroid. Foto Agensi
Glowacki (kanan) didapati positif menggunakan bahan terlarang Anabollic Steroid. Foto Agensi
A
A
A

BEKAS juara tinju WBO Cruiserweight, Krzysztof Glowacki boleh melupakan pertarungan di gelanggang selama empat tahun selepas kantoi doping.

Peninju Poland itu didapati positif menggunakan bahan terlarang Anabollic Steroid oleh Agensi Anti Dadah UK (UKAD).

Glowacki merupakan juara tinju bagi kelas berkenaan dengan memegang rekod 32 kemenangan daripada 36 pertarungan sepanjang kariernya.

Ujian doping tersebut telah dilakukan ke atasnya selepas tewas dalam pertarungan menentang Richard Riakporhe yang berlangsung di Manchester, United Kingdom setahun lalu.

Sampel air kencing yang telah diambil mendapati ia mengandungi bahan terlarang jenis 'Beldenone' yang telah disenaraikan sebagai bahan terlarang di bawah seksyen S1 oleh Agensi Anti Doping Dunia (WADA).

Bagaimanapun, keputusan tersebut dinafikan oleh Glowacki yang bertegas bahawa dia tidak pernah menggunakan bahan itu.

Sebelum ini peninju berusia 37 tahun itu digantung sementara daripada menyertai sebarang pertandingan bermula April 2023.

Penggantungan sementara itu bagi menunggu kes beliau dibicarakan semula oleh Panel Bebas Agensi Anti Doping Kebangsaan pada 31 Oktober lalu.

Artikel Berkaitan:

Glowacki dilahirkan di Walcz, pertama kali memenangi gelaran kelas Cruiserweight WBO selepas menewaskan Marco Huck di New Jersey pada 2015.

Bagaimanapun gelaran itu gagal dipertahankan selepas beliau tewas di tangan Juara Heavyweight ketika ini Oleksandr Usyk pada 2016.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!