PPS SK Gual To'Deh ditutup, banjir Kelantan pulih

Pegawai dan anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Rantau Panjang ketika membuat tinjauan di Kampung Bendang Perol pada Rabu. Foto APM
Pegawai dan anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Rantau Panjang ketika membuat tinjauan di Kampung Bendang Perol pada Rabu. Foto APM
A
A
A

RANTAU PANJANG - Penutupan pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Gual To'Deh di sini pada Rabu menyaksikan banjir gelombang ketiga yang melanda Kelantan sebelum ini pulih sepenuhnya.

Sekretariat Pengurusan Bencana Jajahan Pasir Mas, Kapten (PA) Mohd Arif Mohd Zain berkata, kesemua mangsa banjir itu dibenarkan pulang ke rumah masing-masing pada jam 4 petang.

"Mereka ini terdiri daripada 26 orang mangsa," katanya ketika dihubungi.

Menurut beliau, paras air Sungai Golok di sini semakin menurun dan berada pada paras berjaga-jaga.

Sinar Harian pada Selasa melaporkan kesemua 26 mangsa banjir terakhir yang berada PPS SK Gual To'Deh dijangka pulang ke rumah masing-masing pada Rabu.

Ia susulan keadaan cuaca semakin baik selain banjir yang melanda kampung mereka di Bendang Perol hampir surut sepenuhnya.

Seorang penduduk, Nor Azni Setapa, 49, berkata, dia sudah tidak sabar untuk pulang ke rumah selepas 18 hari berada di PPS.

"Saya harap selepas ini tiada lagi banjir kerana kami sudah tidak larat untuk berpindah," katanya ketika ditemui pada Selasa.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!