Nahas pesawat: Kotak hitam pesawat Pengawal Pantai Jepun ditemukan

Kotak hitam pesawat Pengawal Pantai Jepun yang terlibat dalam nahas dengan pesawat Japan Airlines JAL516 di Lapangan Terbang Haneda Tokyo pada Selasa berjaya ditemukan. Reuters
Kotak hitam pesawat Pengawal Pantai Jepun yang terlibat dalam nahas dengan pesawat Japan Airlines JAL516 di Lapangan Terbang Haneda Tokyo pada Selasa berjaya ditemukan. Reuters
A
A
A

TOKYO - Kotak hitam pesawat Pengawal Pantai Jepun yang terlibat dalam nahas dengan pesawat Japan Airlines JAL516 di Lapangan Terbang Haneda Tokyo pada Selasa berjaya ditemukan, lapor portal NHK World-Japan.

Penyiasat Lembaga Keselamatan Pengangkutan Jepun, Fujiwara Takuya memberitahu pemberita pada Rabu bahawa pihaknya telah memeriksa fiuslaj kedua-dua pesawat serta serpihan yang bertaburan.

Beliau berkata, pihaknya sedang cuba mendapatkan semula data daripada peranti tersebut.

Kotak hitam pesawat JAL516 bagaimanapun masih belum ditemui.

Fujiwara berkata, penyiasat telah menemui kesan impak pada fiuslaj kedua-dua pesawat.

Beliau berkata, pegawai penyiasat belum dapat mengesahkan sama ada ia disebabkan oleh pelanggaran kedua-dua pesawat.

Fujiwara berkata, penyiasat akan meneruskan siasatan pada serpihan di lokasi sehingga lewat petang Rabu.

Sementara itu, polis sedang menjalankan siasatan kemungkinan nahas berkenaan disebabkan kecuaian.

Artikel Berkaitan:

Reuters melaporkan, lima individu dalam pesawat pengawal pantai maut manakala kesemua 379 penumpang dan anak kapal Japan Airlines berjaya menyelamatkan diri beberapa minit sebelum pesawat itu terbakar.

Punca kemalangan setakat ini masih belum jelas, namun media pada Rabu didedahkan dengan laporan bahawa pesawat JAL516 mendapat kebenaran untuk mendarat daripada pengawal trafik udara.

Rakaman pada Selasa menunjukkan bola api dan kepulan asap hitam dari bawah pesawat JAL516 sejurus mendarat dipercayai selepas berlanggar dengan pesawat Pengawal Pantai Jepun. - Awani

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!