Wartawan dedah pengalaman misteri

Orang ramai berpeluang mendengar pendedahan unik dan eksklusif secara langsung di reruai khas Zon Keras Sinar Harian di Kompleks Karangkraf di sini pada 5 hingga 7 Januari bermula dari jam 9 pagi hingga 7 petang. Gambar kecil: Nik Justin
Orang ramai berpeluang mendengar pendedahan unik dan eksklusif secara langsung di reruai khas Zon Keras Sinar Harian di Kompleks Karangkraf di sini pada 5 hingga 7 Januari bermula dari jam 9 pagi hingga 7 petang. Gambar kecil: Nik Justin
A
A
A

SHAH ALAM - Orang ramai berpeluang mendengar pendedahan unik dan eksklusif secara langsung di reruai khas Zon Keras Sinar Harian di Kompleks Karangkraf di sini pada 5 hingga 7 Januari bermula dari jam 9 pagi hingga 7 petang.

Menurut Ketua Pemasaran dan Penjenamaan Grup Sinar Karangkraf, Nik Justin Nik Mohd Ariffin, reruai tersebut akan menampilkan sisi kewartawanan yang berbeza.

“Buat julung kalinya Sinar Harian akan terlibat secara langsung di Festival Seram Buku Prima 2024. Paling menarik, pengunjung bakal melihat satu sisi unik kami.

“Pengunjung akan dapat bersama-sama menikmati pelbagai program khas antaranya Bongkar Cerita di mana orang ramai boleh mendengar sendiri pengalaman dan pendedahan eksklusif wartawan Sinar Harian.

“Ini adalah peluang untuk orang ramai mendengar secara terus tentang pengalaman wartawan mendedahkan kisah-kisah seperti Wanita Dirasuk Dalam Bas, Misteri Budak Perempuan 11 Tahun, Kisah Mayat di Sungai Klang, Serangan Orang Minyak di Kampung Nakhoda, Air Terjun Lubuk Yu dan terbaharu yang menggemparkan negara, kes pembunuhan Zayn Rayyan‚” katanya.

Lebih menarik, Nik Justin berkata, pengunjung juga boleh bertanya kepada wartawan secara terus apa sahaja soalan-soalan yang berkaitan.

“Ini satu pendekatan yang unik di mana kami mendekatkan orang ramai dengan wartawan, sekali gus pengunjung boleh memahami dan mempelajari apa yang diperlukan oleh seorang wartawan bagi merungkai sesebuah kisah eksklusif yang sering kita baca di akhbar.

“Selain itu, terdapat juga penampilan istimewa seperti pengarah filem seram, Ahmad Idham; pelakon filem seram, Amy Nur Tinie dan Ustaz Syafiq dari Pusat Rawatan Al Idrus (PRAI) yang akan berkongsi kisah bertajuk Wujudkah Sihir Online? “Festival ini berlangsung selama tiga hari dengan pengisian yang berbeza. Pendek kata, datanglah setiap hari. Lebih mengujakan lagi, reruai kami juga menyediakan sudut berswafoto‚ ” jelasnya.

Artikel Berkaitan:

Sempena Festival Seram Buku Prima 2024 itu, Nik Justin berkata, Sinar Harian turut melancarkan promosi khas kepada orang ramai untuk melanggan Sinar Premium pada harga yang lebih murah.

“Kami berbesar hati untuk lancarkan promosi khas langganan sebulan Sinar Premium pada harga RM3 sebulan berbanding harga asalnya iaitu RM6.90.

“Bukan itu sahaja, diskaun 50 peratus turut diberikan bagi pembaharuan langganan mana-mana pakej Sinar Premium (sebulan, tiga bulan atau setahun) khas kepada mereka yang melanggan pada 5, 6 dan 7 Januari ini.

“Justeru, saya mengalu-alukan kehadiran orang ramai ke festival ini. Bawalah bersama keluarga dan rakan-rakan bagi memeriahkan Zon Keras. Memang Sinar Harian menjanjikan kelainan yang belum pernah orang ramai lihat sebelum ini‚” ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!