Imam ditembak di luar masjid New Jersey meninggal dunia

 Hassan Sharif
Hassan Sharif
A
A
A

NEW JERSEY - Seorang imam, Hassan Sharif yang ditembak di luar masjid di Newark, New Jersey, Amerika Syarikat (AS) pada Rabu telah meninggal dunia.

Menurut laporan CNN yang memetik sumber penguatkuasa undang-undang, Hassan menghembuskan nafasnya yang terakhir kira-kira jam 2.20 petang.

Hassan berkhidmat sebagai pegawai keselamatan pengangkutan (TSO) di Lapangan Terbang Antarabangsa Newark Liberty sejak 2006, kata kenyataan Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan.

"Kami sangat sedih mengetahui pemergiannya dan mengucapkan takziah kepada keluarga, rakan dan rakan sekerjanya," kata TSO.

Pejabat Keselamatan Awam Newark, Hassan ditembak dalam insiden yang berlaku di luar Masjid Muhammad-Newark sekitar pukul 6 pagi Rabu.

Menurut pihak polis, susulan tembakan itu, beliau kemudiannya telah dikejarkan ke hospital tempatan dalam keadaan kritikal.

Sekalipun motif insiden itu masih tidak jelas, ia berlaku di tengah-tengah peningkatan laporan ancaman, keganasan dan ucapan kebencian terhadap orang Islam dan Yahudi Amerika sejak permulaan perang Israel-Hamas pada Oktober tahun lalu.

Dalam pada itu, Majlis Hubungan Amerika-Islam cawangan New Jersey menggesa sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat mengenai jenayah tembakan berkenaan untuk menghubungi polis.

Artikel Berkaitan:

“Kami menasihatkan semua masjid untuk membuka pintu mereka tetapi berhati-hati terutamanya memandangkan peningkatan ketaksuban anti-Islam baru-baru ini,” kata kumpulan itu lagi. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!