Tak sempat tuai hasil, kebun ditenggelami banjir

Mostapah menunjukkan hasil tanaman kebun miliknya yang musnah akibat banjir.
Mostapah menunjukkan hasil tanaman kebun miliknya yang musnah akibat banjir.
A
A
A

TEMERLOH - Seorang penduduk di Kampung Paya Kecik di sini kerugian kira-kira RM5,000 selepas hasil tanaman musnah ditenggelami banjir baru-baru ini.

Mostapah Mohamad, 70 memberitahu, tanaman terdiri pisang, ubi kayu dan kelapa seluas di kebun seluas kira-kira 0.2 hektar itu ditenggelami banjir bermula 25 Disember lalu sehingga mencecah paras melebihi 0.61 meter.

Menurutnya, kebanyakan tanaman yang diusahakan itu sudah mengeluarkan hasil.

"Rugi memang rugi tapi nak buat macam mana benda sudah berlaku, dah musim.

Antara sebahagian tanaman seperti ubi kayu, pisang yang musnah ditenggelami banjir.
Antara sebahagian tanaman seperti ubi kayu, pisang yang musnah ditenggelami banjir.

"Saya reda dengan situasi ini dan akur kerana ia risiko yang dihadapi bila berada di kawasan rendah," tambahnya yang sudah tinggal di kampung itu lebih 20 tahun lalu.

Ujarnya, air hanya surut sepenuhnya pada Selasa dan warga emas itu akur dengan situasi tersebut.

"Keadaan air yang termenung menyebabkan ia mengambil masa untuk surut sepenuhnya," jelasnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!