Johor mula dilanda banjir

Keadaan banjir di Taman Aman Kota Tinggi pada pagi Khamis. Foto tular. Keadaan banjir di Taman Aman Kota Tinggi pada pagi Khamis.- Foto tular
Keadaan banjir di Taman Aman Kota Tinggi pada pagi Khamis. Foto tular. Keadaan banjir di Taman Aman Kota Tinggi pada pagi Khamis.- Foto tular
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seramai 330 penduduk daripada 70 keluarga dipindahkan ke tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) susulan banjir yang melanda empat daerah terjejas, setakat jam 2 petang Khamis.

Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata, daerah Johor Bahru merekodkan jumlah mangsa banjir tertinggi di PPS Dewan Muafakat Kampung Cahaya, Tiram iaitu seramai 234 orang daripada 45 keluarga.

Anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) bersiap sedia memindahkan penduduk terjejas banjir di beberapa daerah di Johor.
Anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) bersiap sedia memindahkan penduduk terjejas banjir di beberapa daerah di Johor.

Menurut beliau, jumlah mangsa di Johor Bahru dijangka meningkat susulan jumlah mangsa di PPS Dewan Kampung Sungai Tiram yang dibuka pada jam 1.45 petang, sedang dikemas kini.

"Bagi daerah Mersing, seramai 52 penduduk daripada 11 keluarga ditempatkan di dua PPS iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Air Papan dan SK Tenglu.

"Manakala di Kluang, bilangan mangsa banjir di PPS Dewan MPK Kahang direkodkan seramai 44 orang dari 14 keluarga.

"Di Kota Tinggi, bilangan mangsa banjir sedang dikemas kini selepas dua PPS di SJKC (Sekolah Jenis Kebangsaan Cina) New Kota dan Dewan Pasak Indah dibuka pada jam 1.20 tengah hari," katanya.

Sebanyak tujuh PPS dibuka setakat ini di Johor.
Sebanyak tujuh PPS dibuka setakat ini di Johor.

Artikel Berkaitan:

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia pada Khamis mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk di beberapa kawasan di Johor bermula Khamis hingga Ahad.

Daerah terlibat ialah Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Dalam kenyataan sama, amaran hujan berterusan (waspada) diramal berlaku di Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang manakala Batu Pahat dan Pontian, di Johor.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!