Vivo S1 Pro kemuncak swafoto
GABUNGAN teknologi fotografi dengan perisian canggih untuk menghasilkan Vivo S1 Pro pastinya menarik perhatian golongan muda yang suka berswafoto.
Konsep yang menetapkan standard reka bentuk menakjubkan dengan kuad kamera AI 48 mega piksel (MP) menjadi ciri unik buat varian terbaharu Vivo.
Pakar Produk Vivo Malaysia, Raymond Lee berkata, bukan sahaja fitur baharu itu mampu memukau golongan belia, malah S1 Pro ialah contoh sebenar bagaimana pihaknya mereka bentuk pengalaman hebat yang memenuhi kehendak khalayak.
“Kamera depan 32 MP juga dicipta bertujuan untuk mempamerkan kecantikan setiap individu dengan sempurna.
“ Ia juga dilengkapi aplikasi AI Face Beauty yang membolehkan pengguna menyesuaikan ciri-ciri wajah mereka dan menikmati keseronokan berfotografi secara solo mahupun bersama rakan,” katanya dalam satu kenyataan.
S1 Pro ujarnya, disokong lensa sudut lebar, makro dan bokeh.
Selain itu, peranti pintar itu turut dikuasakan dengan algoritma AI demi kejelasan foto lebih baik selain sudut tontonan sehingga 120 darjah dengan kamera Super Wide-Angle 8MP.
“’Sebagai tambah nilai, evolusi terbaharu itu juga dilengkapi dengan ciri menarik seperti Pose Master yang boleh menyesuaikan sudut pengguna selain membimbing subjek beraksi dengan pelbagai bagi menghasilkan gambar yang menarik.
S1 Pro didatangkan lengkap dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 665 octa-core, ia turut tampil dengan voice changer yang menyediakan pelbagai suara dan yang paling signifikan, melindungi privasi pengguna.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!